Wednesday, October 04, 2006

Diantara Hati ,Keiklasan dan Pengorbanan -Kisah Benar

Maaf dan saya meminta izin dari Apak untk meluahkan pandangan yang tersirat begitu lama disanubari saya melalui laman web Apak.
Permisi ya.

Pelajaran saya tidak lah seberapa tetapi saya boleh menilai sesuatu tanpa menggunakan emosi yang keterlaluan.

Saya rakyat Malaysia dan pekerja bawahan.Insiden ini berlaku sekitar tahun 1996-97 iaitu sewaktu Republic Indonesia bergelora dengan gerakan Reformasi untuk menjatuhkan Presiden Suharto dan GOLKAR nya.

Saya bertugas disebuah Hypermarket waktu itu.Di waktu masa bergeloranya Indonesia saya saksikan begitu ramai tetamu berbangsa China Indonesia di sekitar Kuala Lumpur.
Maaf sekali lagi,ini tidak sekali-kali bermaksud yang saya ini seorang yang menganut fahaman'Racistma'.Hanya sekadar menganalisa keadaan semasa pada waktu itu.
Seluroh hypermarket dari pagi hingga ke malam di hujani oleh tetamu kita dari INDO.

Berbelanja mewah, malah sales pada waktu itu begitu memerangsangkan.

Saya membuat penelitian selama seminggu, saban hari begitulah keadaannya.
Jestru telah seminggu berlalu,saya bertemu seorang customer dari Indo,menanyakan padanya akan di Indo.Perbualan kami hanya secara casual,dari iras rupanya dia berbangsa China Indonesia.Agak mewah kayaknya bersama-sama keluarga,

Begini soalan saya padanya.

Saya : Bapak dari Indo ya?

Bpk : Ya?Kenapa?

Saya : Kapan bapak libur kemari?(sambil tersenyum sinis)

Bpk : Udah kurang lebih sebulan?

Saya : Dimana ginap?

Bpk : Di Apartment Sunway

Saya : Keadaan tenat ya di Djak?(saya mengatur soalan)

Bpk : Kurang lebih begitulah penjelasannya.(saya terus ke persoalan pokok)

Saya : maaf ya pak? yang menjadi tanda tanya saya ialah,Indo negara'TUMPAH DARAH' bapak,dimana bapak dilahirkan dan mengali emas ketulan sedang bergelora,bagaimana bapak bisa meninggalkannya begitu sahaja bukankah ia seolah-oleh boleh diertikan bahawa bapak hanya merampok disiang hari dibumi sendiri walhal diwaktu-waktu negara bapak memerlukan bapak,bapak meninggalkan nya tanpa sebarang nota Good-Bye?
Itu tidak partriotic bukan?Itu namanya menderhaka kepada negara bukan?
(Tergaman dia dengan soalan tersebut)

Bpk : dia dan keluarganya terus meninggalkan saya segera dan tidak menjunjungi lagi di hypermarket tempat saya berkerja.

Begitulah Pak kurang lebih pengalaman untuk renungan kita bersama.
Saya tidak bermaksud menyalahkan sesiapa.

Tetapi teringat saya,sewaktu Rasullulah sedang diambang siratul maut,
Baginda berterusan menyebut,umati,umati,umati,

Terus....bagi saya bangsaku,bangsaku,bangsaku......
Bak kata pujangga Charil Anwar
'Aku ingin Hidup seribu tahun lagi'

Wassalam.

No comments: