Wednesday, January 13, 2010

Kak Wok - Pembantu Rumah Yang Setia


Kebelakangan ini acap kali kita disajikan dengan berita-berita mengerumkan mengenai pembantu rumah.Penderaan majikan terhadap perkerja asing mendapat publisiti meluas dimedia cetak kita malah adakala terlebih sensasi sehinggakan memecah minda kita akan kezaliman manusia terhadap manusia lain.Begitu juga kisah penderaan anak-anak majikan sewaktu majikan mereka melangkah keluar dari rumah untuk kekantor.
Seringkali teman-teman mengeloh akan susahnya untuk mendapat seorang pembantu rumah yang bersesuaian.
Malah ada juga teman yang bernasib baik yang mempunyai pembantu yang benar-benar tawaduk dan dapat menyesuaikan diiri sepenohnya dengan keluarga yang menyara mereka.Pembantu-pembantu tersebut bukan hanya dapat menjalankan tugas yang diharapkan daripada mereka tetapi mereka juga mampu memberikan bonus servis tambahan sambil tekun beribadat dan dapat mengajar mengaji QURAN kepada anak-anak majikan dan memberikan sepenoh kasih-sayang dan perhatian seumpama ibu-bapa jati kepada anak-anak tersebut sewaktu majikan tidak berada dirumah.

Problem ini merupakan masallah 'universal'.Kami walaupun tidak mempunyai anak kecil tetapi memerlukan pembantu yang dapat menemani ibu tua kami sewaktu semua seharian keluar mencari rezeki.Alhamdullilah,udah 3 tahun bersama,sekadar mampu mengurus hal rumah-tangga yang diamanahkan kepadanya.

Di awal tahun-tahun 60'an,kita tidak mempunyai pembantu yang diimport.
Penduduk Malaysia sebagai negara yang baru tersedar daripada cengkaman penjajah belum mampu mengimport pembantu dari luar.
Kita merupakan bekas pembantu rumah kepada 'Tuan-Tuan dan Mum-mum Setengah' .Sedih tapi benar.Kita diperkudakan oleh mereka.

Putaran ekonomi masih ditahap gear satu,walau bagaimana pun kesan daripada pendidikan awal kepada anak-anak pribumi,telah berjaya menujudkan suatu golongan 'Kelas Menengah Melayu Bandar'.
Mereka-mereka ini merupakan golongan 'pioneers' dalam segala bidang,seterusnya merupakan mentor kita dalam membina diri seterusnya berbakti demi 'Nation building'.

Golongan inilah pioneers di kawasan perumahan baru ditengah-tengah kota.
Persekitaran PJ old Town -Jln Othman,Jln Gasing,PJ Kawasan Kg.Tungku,Sect.14 merupakan penempatan bagi golongan pioneers pada waktu itu.Tahun-tahun 70'an,kawasan-kawasan baru ujud untuk anak-anak golongan pre dan post merdeka.
Penempatan baru saperti Kelana Jaya,Subang Jaya adalah by product 'ecomonic boom' DEB.
Maka,Tuan-puan baru yang berhijrah ke pusat bandaraya mememerlukan pembantu.
Awal 70'an Malaysia merupakan 'a nation of Clerks'.Tahun-tahun pertengahan 70'an,JPA melalui 'Operasi Isi Penoh' telah berjaya mengisi kurang lebih perbagai 30,000 jawatan 'rank and file' dalan masa 1 tahun.

Masallah pembantu kepada Tuan-Puan baru sudah ujud tika itu,maka jalan lintas untuk mengatasinya ialah memgimport saudara-mara perempuan yang pendidikan mereka sekadarnya,untuk membantu seisi keluarga.Tetapi dengan keujudan kilang-kilang yang mememerlukan tenaga kerja maka focus anak-anak saudara yang dibawa untuk membantu rumah tangga dikota bertukar.Tidak dapat dipersalahkan anak-anak yang dibawa ke kota kerana menumpang periok nasi saudara-saudara dikota sebagai pembantu rumah amat tercorot didalam resuma mereka.

Mereka ingin berdiri diatas kaki sendiri.Maka penhijarahan mereka sebagai pembantu dirumah saudara-saudara mereka waktu itu hanyalah 'transit point' sementara mendapat peluang berkerja dikilang-kilang spt. Texas Instrument,Motorola atau mana-mana kilang yang memerlukan pekerja dengan gaji dan kemudahan yang amat sederhaha.

Masallah ini tidak berlaku kepada ibu saudara saya yang bertugas sebagai Matron di GBKL sehingga bersara.Mereka suami- isteri bekerja sehingga pencen dan mempunyai 5 anak-anak yang sudah dewasa.Sehingga kini mereka mempunyai seorang pembantu yang berkhidmat sehingga akhir hayatnya.Masih tetap bersama mereka dari permulaan mereka mendirikan rumah tangga sehingga kini anak-anak yang dijaganya udah berrumah tangga dan mempunyai anak.

Kak Wok.merupakan anak yatim piatu sejak kecil, bersekolah hanya setakat Darjah 3 Sek.Melayu.Seingatan saya,Kak Wok sudah berada didalam keluarga semenjak saya belum bersekolah lagi.Dimana ibu saudara dan suaminya bertugas ia akan turut bersama.Kesemua anak-anaknya diasoh,dimanjakan dan diurus sebaik mungkin oleh Kak Wok sejak mereka dilahirkan.
Anak-anak ibu saudara saya tersebut kesemuanya telah berjaya dan telah pun mendirikan rumah tangga.

Kak Wok tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai ahli keluarga yang lain.Umurnya sekitar 60'an sekarang.Amat sedikit saya mengetahui tentang sejarah hidupnya.Tapi yang saya pasti, Kak Wok merupakan contoh terbaik dapat saya bandingkan dengan pembantu-pembantu sekarang.Dia bukan sahaja redha dengan tugannya sebagai pembantu rumah tetapi khidmat yang diberinya penoh dedikasi dan ikhlas.Bukan hanya itu malah dia redha akan segala tenaga yang diberinya kepada keluarga yg.membelanya.Bila ditanya akan kesihatanya kini,jawapan yang diberi amat mudah

'....sekiranya ajal saya sudah tiba,kebumikan saya bersebelahan dengan majikan saya.

Apa kah rahsia Kak Wok sehingga begitu akrab degan majikannya?
Jawapannya ikhlas seikhlas-ikhlasnya dengan apa-apa tugas dan amanah yang diberi oleh majikan kita.

'Hablum Minanas Hablum Minallah'