Thursday, June 28, 2007

When 'Botak' came To Town - He's our New Kid In Town


Another witty observation by our Prof.Azmi San.Dankesen Prof.I bust out loud to myself at the library today reading about it.

Intellegent and sharp observation and a good read too.

How I wish I still have the bold head photos taken when I was still in my greens.

How reversed the situation now as compare to before.


Here's my story,back then either one is into the John Lennon camp or the John Denver clan.

Either way,the schools disciplinary board would have a say on your look.

Any thing goes below collar by an inch, one firstly would land a good whacking 3 either from Mr.Kumaradass or Mr.Teja Singh,makes no diffrent,later a good imprompto hair cut at the pleasure His Honorable Displinary Master.

That's the end of your weekend dating with the MGHS gals.Reasons is 'Malu Nak Keluar'.

However,mine was vice versa.

I was naught but not to the highest level of blood sucking devil.

On the whole,got beating here and there which is part of school boys diaries, I suppose.

There was one year where I decided to go serious on my studies.
The crucial year of public examination LCE.

Thus, approx.6 months before the exam I decided to bold my head,hoping that I could stay put on my study tables and concentrate on the exam totally.

Hopefully with LCE's flying colors I would be selected to one of the prestige colleges ie.RMC,wow what a wishful thinking that particular point in time.


However,I did not realised there was a student protest on the Elective Student Council General Meeting,at the very same day when I decided to have my new look.

We were the lower sec.thus only the upper Sec. was entittle to the democratic process of electing new Student Council.That was I first experience of true democratic in Malaysia.

From what info I gathered,there was these two rival groups persuing their nominated members to the council.The meeting ends up with bad mouth bashing as usual and chairs rocking and stink bombing.


The defeating team supporters as far I could remember was the Grand Funk Rail Roads guys.Being losers they decided to protest for the conduct and the irregularity of the ballot which took place.

The whole troops of boys decided to bald their head as sign of protest.


All I could remember,the next following morning,I was march together with the uppers Sec.guys labels as the 'Botak Gang' gets the best 3 in the assembly and being accused of being memebrs of the 'Lrg.Panjang notorious Gangs togethers with some of the seniors whom I don't even know their names till now.

Me the only lower sec.guy with bold head was charge for being the recruiter for would be future gang members.


Poor me,wrong timing trying be smart.
Who says there is Justice in this world?

Its whole truth noting but the truth

Thursday, June 07, 2007

Good Bye Aimi Ku Sayang...God Be with You Insyallah


It's nice to see a child turn to be a pretty young lady.

Aimi left for Melbourne,Australia today at 9.30pm MAS flight.She's a daughter to me though I am only an uncle to her.

I am sought of bouncer to her and Nana her younger sister.

Guarding and motivating since they were a child.I could say they were our pride and joy.


Did pretty well during last SPM exam with 7 A1 and 2 A2's.The result if it were during my time would be a definate on any JPA'S overseas scholarship's list but sad to say now,with the overboard straight A's it's impossible even to apply for one.


I for one have nothing against straight A's,but a little overboard of ossession of A's is a bit worrying coz' it has multiple effect on child phsyco enviroment.

Aimi will definately get a place at any local Matriculation course of her choise if she decides to do local but she has set her mind to go overseas.

Me since I myself study abroad encourage it,firstly it was overseas which broaden our horizen and 2nly.self development and self confidence in leading a life in the future.

Paper qualification are ample any where, but one's out look in life are rather differs if we are sheltered at home.

Those are the essential element in fighting sprites in life.


We were at first sceptical of any sponsorship offer,knowing fully well the competition is,but one good samaritan offers a full fledge sponsorship right till graduation.I would call it golden opportunities of the life time.
Allah bless the golden heart.Allah gives what he wishes to anyone deserve.

Aimi's deserve to be among the bright young generation of scholars.

Be well my 'mon petit la'per (French).God protects you and our love to you remains the same.

We are proud of you Dato and Datin,May Allah bestows rightoues to you and family.Amin

Monday, June 04, 2007

Apa Seterusnya...........

Sinopsis

**Article ini ditulis oleh penulis sebelum terputusnya keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kes yang terbabit.
Ianya merupakan suatu kertas kerja bagi programme Dip.Shariah dan Legal Practices IIUM bagi sessi 2006/07.
Ianya hanya suatu cetusan dan pengembaraan minda akedemik penulis
.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sejarah kemasokan ugama Islam ke Tanah Melayu dapat dikesan melalui Kitab Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang.Ketaksufan bangsa Melayu terhadap Sulatn-Sultan mereka dapat di kesan melalui keberlebihan “glorifikasi’ pengislaman Sultan Muzaffar Shah oleh pengarang-pengarang terdahulu.
Fables mengenai keislaman Sultan Muzaffar Shah yang dikatakan memelok agama Islam setelah menemui Rasullulah s.a.w. di dalam mimpi baginda merupakan andaian dan dapat kita rumuskan betapa tingginya pandangan masyarakat feudal terhadap kedaulatan dan keberkatan sultan –sultan Melayu terdahulu.

Fakta sejarah secara jelas membuktikan Islam dibawa masuk ke Melaka di awal kurun ke 12 melalui pedagang-pedagang daripada Gujerat dan Hardat Maut. Pedagang pedagang tersebut bukan sahaja berdagang ke Melaka tetapi penerimaa mereka dikalangan orang-orang istana adalah berasaskan kepada cara pedagang pedagang tersebut bergaul secara beradap dan bertata-susila berteraskan ajaran AlQuran dan Sunnah Rasullulah s.a.w Tarikan kepada Islam yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam kepada masyarakat tempatan adalahlah berasaskan contoh dan tauladan Muhammad s.a.w.Perkembangan akhlak yang mulia dan pengujudan suatu sistem keadilan berteraskan sepenohnya kepada ajaran AlQuran.

Harus diingat,masyarakat Melayu feudal sebelum kedatangan Islam ke Nusantara berpaut kepada animisma dan Hindu.
Kerajaan Islam dan tamaddun Islam di awal abad ke12 adalah dibawah naungan kerajaan bani Abbasiyah,dimana keunggulan Islam amat tersohor didalam sejarah Islam .Ramai cendikawan Islam lahir di zaman tersebut. Keunggulan Islam di zaman tersebut menjadikan pihak gereja di Europa cemburu dengan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Bani Abbasiyah sehingga empire terakhir iaitu Kerajaan Islam Ottaman Turki.

Jelas dari fakta, sejarah Islam dan bangsa Melayu amat sinonim Ianya tidak dapat dipisahkan. Jika dikupas dari sejarah,proses pemmurtadan bangsa Melayu dapat dikesan semenjak kedatangan Portugis ke Melaka pada sekitar 1500.Bukan sekadar di Tanah Melayu malah, Portugis juga meninggalkan kesan yang mendalam keatas masyarakat tempatan di Goa,India yang menjadi benteng penempatan utama pedagang Portugis.Pengkristianan masyarakat Goa di India adalah berasaskan slogan pedagang Portugis iaitu ‘Gold,Glory and God’
Perkahwinan atau pergaulan bebas antara askar-askar Portugis dengan gadis-gadis Melayu yang kurang didikan agama yang gitu, terbukti, sehingga kini melahir suatu nasab ie.keturunan bagi lingua-lingo orang-orang tempatan sebagai ‘Graggo’(tidak diketahui asal usul perkataan tersebut) ,iaitu kacukan Portugis-Melayu dimana terlahirnya satu kumpulan anak-anak Melayu yang tersisir daripada satu kumpulan Melayu yang berbudaya, beradat resam dan beragamakan Islam.

Secara sedar atau tidak proses asimilisasi masyarakat tersebut telah berjaya mengenepikan hukum syarak akan nasab keturunan ketidak kesahan taraf anak kepada sah dengan penerimaan undang-undang sivil yang di bawa oleh kuasa asing dan diterima pakai olah mahkamah sehingga terpindanya Per.121(1A). Dari perspektif hukum syarak, ketidak kesahan anak diluar nikah akan kekal dan tidak boleh di perbetulkan dari segi status tersebut. Maka secara total nasab keturunan ketidak kesahan akan kekal didalam masyarakat tersebut selama-lamanya.
Untuk mengambil jalan yang mudah proses mengkristiankan bangsa Melayu bermula dengan kedatangan kuasa asing berbeza dengan pedagang-pedagang Islam yang membawa akidah keislaman yang syumul.

Issue murtad atau riddah merupakan suatu issue yang amat hangat di perdebatkan masa kini oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia..Bermula dengan issue habeas corpus kes Kementerian Dalam Negeri v Jamaluddin Othman @ Jesus Jamaluddin (1) dimana melalui fakta dan alasan tahanan yang di keluarkan oleh pihak KDN ialah:

Alasan-Alasan Untuk Perintah Tahanan
Bahawa kamu, Jamaluddin bin Othman alias Yeshua Jamaluddin, sejak tahun
1985 hingga ditangkap pada 27 Oktober 1987, telah melibatkan diri dalam
satu rancangan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang
Melayu. Kegiatan kamu itu boleh mendorong kepada timbulnya suasana
ketengangan dan permusuhan di antara masyarakat Islam dengan masyarakat
Kristian di negara ini dan boleh memudharatkan keselamatan negara.’(2)

Mahkamah Federal melalui keputusan bersama yang dibuat oleh YAA-YAA Abd.Hamid,Hashim Yeop Sani dan Ajib Singh,telah menolak rayauan yang dikemukan oleh pihak Peguam Negara bahawa walaupun pihak Kerajaan mempunyai alasan yang kukoh untuk menyabitkan tertudoh dibawah Akta Keselamatan dalam negeri dan menteri melalui peruntukan yang di beri melalui Sek.8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri(2)),tetapi Menteri tidak mempunyai kuasa untuk menyekat seseorang individu daripada mengamal dan menganut agama yang dipercayai saperti yang terkandung di dalam Per.11 Perlembagaan Persekutuan dan seseorang menteri tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana individu daripada menghadari mana-mana mesyurat atau ‘pubic seminar’ bagi tujuan keagamaan walaupun ianya adalah bertujuan menarik orang-orang Melayu keagama lain selain daripada Islam.

Dalam erti yang ringkas dapat dirumuskan bahawa hak-hak kebebasan seseorang rakyat untuk menganut dan mengamal ajaran agamanya tanpa sebarang gangguan di jamin sepenohnya saperti terkandung di Per.11 Perlembagaan Persekutuan oleh pihak judiciary.
Harus diingatkan kes tersebut sebelum terpindanya Per.121(1A) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kesalahan Jenayah Shariah masih lagi di peringkat pengubalan.Maka dengan tersendirinya kes tersebut diikuti sebagai ‘a binding precedent’bagi kes-kes’seterusnya sehingga termenterinya pindaan Per.121(1A) dan termenterinya Akta Kesalahan Jenayah Sharia (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997(Akta559)

Ditto dengan kes Jamaluddin,dan termenterinya pindaan Per121(1A) dan Akta Kesalahan Jenayah Shariah (WP)1997,masyarakat khasnya bangsa Melayu yang beragama Islam semacam tergamam dengan bermacam-macam kes permohonan untuk keluar daripada agama Islam oleh orang-orang Melayu itu sendiri.Ia seolah olah cuba mencabar kewibawaan serta kemantapan bangsa Melayu. yang berbajukan Melayu dan yang disarongkan dengan akidah keislaman semenjak ratusan tahun.
Alasan dan bantahan yang dikemukakan oleh pihak yang ingin memurtadkan diri mereka dari segi procedur ialah pembelaan hujah berpandukan Per.11 Perlembagaan Persekutuan, yang menyebut:

11(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal(4),memgembangkan ugamanya.

Harus diingatkan juga tertera di Fasal (4)

11(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putra Jaya dan Labuan,undang-undang persekutuan BOLEH mengawal atau MENYEKAT pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam

11(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai KETENTERAMAN AWAM,kesihatan awam atau AKHLAK(4)

Persoalannya:

a) Adakah benar,pembikinan Islamic Malaysia tercabar dan sengaja diprovokasi dan di sensasikan oleh pihak pihak tertentu yang cuba untuk mengkafirkan negara ini melalui procedur mahkamah.?

b)Adakah benar,bangsa Melayu yang sudah sinonim dengan Islam sudah mulai utuh akan process globanisasi?

c)Adakah benar,Islam yang di fahami oleh sebilang besar Melayu yang berugama Islam diMalaysia menggangap Islam itu hanya untuk upacara rasmi sahaja?

d)Adakah revilitasi and rehibilitasi akidah Islamiah yang di asaskan pada sekitar 1970’an gagal mencapai wawasannya dengan berita pengmurtadaan bangsa Melayu secara beramai-ramai?

e)Apakah sebenarnay fungsi kerajaan ,mahkamah dan pihak berkuasa Shariah sebagai pemangkin kepada visi Islamic Malaysia,apa yang dikatakan kerajaan yang berteraskan Islam dalam menangani masallah tersebut?

f)Bolehkah secara amnya dan masyarakat Melayu khasnya kompromi dalam issue ugama?
Kertas ini cuba mengupas bidang kuasa Mahkamah Shari’ah melalui peruntukan di Per.121 (1A) Pelembagaan Persekutuan. Dalam menangani massalah murtad terhadap kes-kes Lina Joy (5) dan Moorty (6).Dua kes contoh dimana masallah vital yang dihadapi oleh masyarakat Melayu khasnya dan Islam itu sendiri.Pertindihan bidang kuasa yang di beri melalui Per.121.(1A) dan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang di beri melalui Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505)

1.Apakah yang membuat perlunya suatu pindaan yang drastic terhadap Per.121 sebelumnya?

2.Mampukah bangsa Melayu melawan arus gelombang globanisasi dan arus penyerapan gelombang pergerakan anti agama melalui pakatan antarabangsa?

3.Adakah perlunya satu tafsiran baru terhadap Bangsa Melayu?

4.Bolehkah bangsa Melayu secara kolektif menerima definasi bangsa Melayu sebagai suatu rumpun bangsa tetapi berlainan agama?

5.Bolehkah agama Islam dan bangsa Melayu itu dipisahkan?

6.Adakah Per.11 Pelembagaan Persekutuaan menjadi ‘batu penghalang’ dalam pembinaan Islam Hakiki ?

7. Adakah process pengislaman negara Malaysia gagal?


Diakhiri dengan perbandingan antara Hukum Kanum Melaka dan Akta Pentadbiran UndangUndang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Perlembagaan Persekutuan Per.8,11 dan 121(1A)
Keberkesanannya dan kesinambungan dan relevant nya kini demi survival Ugama,Bangsa dan Negara.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bismillah Hir Rahman Nir Rahim

Process perundangan di Malaysia boleh dikatakan bermula semenjak tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka,dengan pengislaman dan pengmasyhoraan Sultan Muzaffar Shah 1446-1456.(1)
Struktur pentadbiran Melayu Melaka berlandaskan undang-undang Islam yang dikodifikasikan di dalam Hukum Kanun Melaka.Malah pihak pentadbiran Kerajaan Inggeris mengakui akan keujudan and pemakaian sebahagian daripada Undang-Undang Islam di Tanah Melayu melalui keputusan didalam kes pembicaraan Re:The Goods of Abdullah (2) dan didalam kes Fatimah v Logan (3),walau bagaimanapun mahkamah melalui penghujahan Hakim Hacket , merumuskan di dalam kes Fatimah v Logan bahawa,walaupun Undang-Undang Islam diiktiraf dan diguna pakai sebelum kedatangan Inggeris keTanah Melayu tetapi, menurut pandangan nya :

“…bilamana pedagang Inggeris berpengkalan di sesebuah negeri yang diduduki atau disesebuah negeri yang tidak bertamadun bukan sahaja pedagang Inggeris tersebut membawa bersama mereka undang-undang mereka dari Tanah Besar ke Tanah Jajahan Baru,malah undang-undang Inggeris yang dibawa oleh mereka terpakai keatas penduduk dan penghuni tanah jajahan baru tersebut.” (4)

Tidak dapat dinafikan kedatangan Inggeris membawa bersama mereka undang-undang Inggeris khususnya ‘the common law of England’ dan ‘the rules of equity’.
Ianya dibawa masuk melalui Charter,melalui peguam-peguam dan hakim-hakim yang terlatih di England dan kemudiannya melalui undang-undang bertulis saperti ordinan,enakment,kanun,kaedah dan peraturan,dan juga tidak dapat dinafikan bahawa kekukuhan penggunaan undang-undang Inggeris dapat dilihat sehingga kini setelah 49 tahun merdeka,malah mahkamah masih lagi terikat dengan pengtakrifan Sek.3 dan Sek. 5 Civil Law Act 1956 dimana penggunaan ‘common law’ Inggeris dan ‘rules of equity’ terpakai bilamana terdapat lacuna didalam undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

xxxxxxxxxxxxxxxx

Saperti mana-mana kolonist-kolonist lain,kolonisma membawa impak yang amat mendalam keatas sesebuah masyarakat yang berbudaya,socio-lingua and peradapan yang berbeza dengan penjajah yang mentadbir tanah jajahannya.Pemakaian sistem pemerintahan yang berkiblatkan kearah Westminister merupakan titik bermulanya penjajahan minda terhadap anak-anak tempatan.Maka dengan sengaja atau tak sengaja keberkesanan ‘sistem pecah dan perintah’ Inggeris berjaya menujudkan sebuah kelas menegah Melayu-Inggeris didalam sistem pentadbiran mereka.Impak yang amat ketara ialah pengujudan sistem pentadbiran Malayan Civil Service (MCS), dimana anak-anak tempatan yang berkelayakan dilantik menjadi pentadbir sebagai pemangkin pentadbiran Inggeris.Anak-anak tempatan yang dilantik dan diasah,menjadikan socio budaya Inggeris sebagai amalan kehidupan harian mereka,maka, bilamana terujudnya sistem kelas menegah Melayu pentadbir yang berkiblatkan keTanah Jajahan maka secara otomatik terujudnya golongan yang akan menolak secara mutlak adap budaya tempatan sebagai teras and tunggak perundangan yang sedia ada didalam sistem perundangan Negara.

Ini dapat dilihat pada jarak masa yang diambil oleh Parliamen untuk meminda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.(5) yang memperuntukkan:

‘Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal(1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah SHARIAH.
Secara otomatis dengan pindaan Per.121(1A) terujudlah dua sistem penghakiman iaitu Mahkamah Sivil yang menguna pakai sistem perundangan sivil yang diasaskan oleh penjajah Inggeris dan sistem penghakiman Shariah dimana secara jelas mengariskan sistem penghakiman Syariah selaras dengan kehendak peruntukan Per. 3(1) Perlembagaan Persekutuan dimana secara jelas Pelembagaan mengariskan

‘Ugama Islam ialah ugama Persekutuan,tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan’.(6)

Pemakaian dan penerimaa mahkamah terhadap pindaan 121(1A) terhadap warganegara yang berugama Islam dengan jelas dapat dilihat dari penghujaan dan keputusan Mahkamah Persekutuan oleh YAA Tan Sri Harun Hashim (ayh) didalam kes Mohammad Habibullah v Faridah bte Dato Talib (7).YAA Tan Sri Harun Hashim merumuskan:

‘…tujuan Parliamen dengan adanya Perkara 121(1A) ialah untuk menyingkirkan
bidangkuasa Mahkamah –Mahkamah Tinggi di dalam mana-mana perkara
yang termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Shariah’(8)
Dengan ertikata lain secara dasarnya pindaan itu dilakukan adalah untuk memindahkan kuasa Mahkamah Sivil ke Mahkamah Shariah bagi mengadili kes-kes yang bersangkutan dengan warganegara yang berugama Islam dan secara mutlaknya mahkamah sivil tidak lagi mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang bersangkutan dengan warganegara yang berugama Islam.

YAA Tun Mohammad Azmi (ayh) didalam kes yang sama,melalui penggulungan hujahnya berpendapat ;

‘adalah HAKIKAT yang terdapat di Malaysia bahawa rakyat yang menganut dan mengamalkan ugama selain daripada ugama Islam adalah dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan akan ketenteraman mereka mengamal dan menganut ugama mereka.Ini juga bereti bahawa orang-orang Islam di Malaysia diberi jaminan bahawa mereka boleh menganut dan mengamalkan ugama mereka iaitu Islam dengan aman dan tenteram KERANA Islam di Malaysia mempunyai kedudukan yang amat istimewa.’(9)

Penghujahan didalam kes Habibullah v Faridah Dato Talib merupakan ‘test kes’ terhadap penerimaan pakai tafsiran Per.121(1A) kepada kes-kes yang seterusnya.Prinsip ikutan dan ianya mengikat mahkamah bawahan seterusnya menerima pakai tafisiran yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Ini dapat di ikuti kepada kes-kes yang dikendali selepas kes Habibullah.
Didalam keputusan,Md.Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(10)dan Soon Singh v PERKIM Kedah (11) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang itu masih lagi seorang berugama Islam walaupun ianya melalui suatu prosess yang sah melalui ‘poll deeds’sehingga Mahkamah Shariah memutuskan bahawa ianya bukan lagi beragama Islam.

Didalam Lim Chan Seng v Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (12),dimana persoalan yang timbul ialah adakah Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa mendengar terhadap orang yang memelok ugama Islam tetapi melalui ‘pool deeds’telah mengistiharkan dirinya terkeluar daripada ugama Islam?
YA Abd.Hamid,mengakui bahawa Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa mendengar kes tersebut kerana berdasarkan terdapat ‘lacuna’didalam undang-undang Pentadbiran Jabatan Ugama Islam Pulau Pinang kerana tidak terdapat apa-apa peruntukan didalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 mengenai prosedur untuk keluar dari agama Islam.
Harus diingatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan Adat Istiadat orang Melayu jatuh di dalam bidang kuasa Kerajaan negeri saperti terkandung di dalam Jadual KeSembilan,Senarai Negeri(13)Kecuali bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya.


Ini bererti kuasa untuk membuat undang-undang Islam berserta dengal hal ehwal pentadbiran ugama Islam secara muktlak jatuh keatas jentera pentadbiran Kerajaan negeri.Ianya berkuasa sepenohnya menggubal undang-undang syariah berpandukan hukum syarak,tetapi undang-undang yang di gubal hendaklah selari dan tidak bercanggah dengan intipati dan asparisi Pelembagaan Persekutuan,dimana sekiranya terdapat percanggahan maka Undang-undang Persekutuan mengatasinya dan undang-undang negeri tersebut adalah terbatal secara otomatis.
Ianya termaktub di dalam Per.4 (1), Perlembagaan Persekutuan;

4(1)Perlembagann ini adalah undang-undang UTAMA Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah TERBATAL setakat yang berlawanan itu

4(3)Sahnya sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu adalah membuat peruntukan mengenai apa-apa perkara yang Parlimen atau mengikut mana yang berkenaan,(14)
Persoalan yang timbul ialah,mengapakah peri pentingnya sehingga perlunya meminda Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tersebut?
Jika di kaji sejarah ketamaadunan Melayu,tidak dapat tidak,unsur Islam amat sinonim dengan bangsa Melayu.Malah tertera diPelembagaan Persekutuan takrif bangsa Melayu terkandung diBahagian 12 Am dan Perbagai.
Perkataan Melayu itu sendiri tertera di Per.152 iaitu Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan juga amat tidak ketara jika diandaikan saperti tertera di Per.153 (1)

153(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini

Malah Pelembagaan Persekutuan itu sendiri menjamin melalui Per.89 akan hak keistimewaan Tanah Rezab orang Melayu dimana digariskan bahawa tanah rezab orang Melayu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmen.
Maka secara otomatis,bila sahaja disebut Bangsa Melayu,secara otomatik diandaikan bahawa Bangsa Melayu beradat resamkan Melayu dan beragama Islam.Tidak dapat tidak perkataan Islam itu dengan sendirinya amat sinonim dengan Bangsa Melayu.
Jika di kaji secara terperinci fakta sejarah Tanah Melayu,titik bermulanya penjajahan Inggeris secara langsung melalui Perjanjian Pangkor 1874,penerimaa Resident British didalam sistem pentadbiran Negeri hanya tertumpu kepada hal ehwal pentadbiran kerajaan tempatan tetapi secara jelas syarat penerimaa Penasihat British oleh Kesultanan Melayu Perak ketika itu adalah tidak melibatkan apa-apa yang bersangkutan dengan adat resam Melayu dan Agama Islam di Perak.Ini diikuti seterusnya dinegeri yang bergabung didalam Negri-Negri Melayu Bersekutu iatu Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang(FMS) dan sehingga terujudnya Negeri-Negri Melayu Tak Bersekutu (UFMS) iatu Kelantan,Trengganu,Kedah dan Johor bahawa syarat penerimaan Penasihat British ialah tidak mencampuri hal ehwal adat resam budaya Melayu dan pentadbiran Agama Islam.Ianya sehingga kini masih dibawah kuasa mutlak Kesultanan Melayu. Saperti terkandung di Jadual Ke 9 senarai negeri.

Perlu diingat bidang kuasa mahkamah Shariah diperingkat permulaan terujudnya Negara Malaysia iatu pada 16hb.September 1963 hanya terhad kepada undang-undang keluarga Islam.Ianya hanya bersangkutan tentang hukum hakam perkahwinan dan perceraian,selain daripada mendengar pertikaian hal ehwal pentadbiran harta pusaka dan wakaf selain daripada hal ehwal pentadbiran Agama Islam saperti menentukan tarikh bermulanya berpuasa dan berhari raya.Pihak kerajaan dan masyarakat pada waktu tersebut masih dicengkam oleh minda cololonisma.Kehakiman Shariah semacam terpinggir oleh bangsa sendiri dan pengertian Islam yang terkandung didalam Per.3(1) ditafsir oleh pihak mahkamah atasan waktu itu Islam sebagai lambang upacara rasmi sahaja.Ini dapat dilihat melalui penghujaan keputusan penghakiman dalam kes Che Omar Che Soh v PP(15)
Kuasa bagi kesalahan jenayah pada asalnya terkandung didalam Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965,bidang kuasa jenayah amatlah terpencil kes-kes yang di kendalikan oleh Mahkamah Kadi dan had untuk menjatuhkan hukuman hanya memenjarakan bagi kesalahan Jenayah Shariah ialah tidak melebihi 6 bulan penjara atau denda yang tidak melebihi $1,000.Had bidang kuasa Jenayah Shariah dan bidang kuasa Hakim Mahkamah Shariah kini telah dipinda pada tahun 1988 selaras dengan pindaan Per.121 (1A) dimana definasi Jenayah Shariah di perluaskan senarai kesalahannya dan bidang kuasa Hakim Mahkamah Shariah saperti terkandung di Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan bidang kuasa hukuman setelah di pinda pada tahun 1988 kini menjadikan hukuman penjara maxima 3 tahun penjara atau denda tidak melebehi $5,000 atau sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau kombinasi mana-mana dua hukuman tersebut.
Setengah golongan akdemik(16) berpendapat Akta Jenayah Shariah yang diluluskan pada tahun 1988 itu tidak meliputi keWilayah Persekutuan maka dengan sendirinya Akta tersebut tidak terpakai di Wilayah Persekutuan.
Walau bagaimana pun dengan termenterinya Akta Kesalahan Jenayah Shariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559),dilengkapi dengan Akta Jenayah Procedure Shariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan Akta Keterangan Mahkamah Shariah(Wilayah –Wilayah Persekutuan)1997 (Akta 561) lengkaplah satu set perundangan Shariah bagi kawasan Wilayah Persekutuan,dimana suatu sistem kehakiman berpandukan Shariah dan berteraskan hukum Syarak yang comprehensive dan dinanti-nantikan oleh masyarakat Islam secara amnya.Perlu dijelaskan bidang kuasa Mahkamah Shariah terhadap kes-kes shariah tidak ada sebarang kerumitan dalam mentafsir kesalahan Shariah.In adalah kerana kesalahan jenayah Shariah adalah kesalahan yang kebanyakannya berteraskan kesalahan berlandaskan kesalahan yang di tegah oleh ugama Islam yang hakiki dan kesalahan tersebut juga merupakan kesalahan yang terkandung didalam Akta Jenayah ie.Penal Code yang dibawa bidang kuasa Federal.
Sebagai contoh kesalahan ‘Khalwat ,Liwat dan ‘Zina’ yang tergaris di bawah Sek 23 bagi Zina and Liwat di bawah Sek.25.AKJS(WP)1997 (Akta559)

Sek.27 AKJ(WP) 1997 dimana ‘liwat’digariskan sebagai (a) mana-mana orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang prempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau (b) seorang prempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,dimana-mana tempat yang terselindung atau di dalam bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mere sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral..(17)

Persoalan yang timbul apakah yang tersirat di dalam benak penggubal-penggubal Suruhanjaya Reid sewaktu mengubal Per.3(1) dan Per.8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1956?
Perdebatan akdemik mungkin berterusan dalam membincangkan adakah ianya bererti ‘penafisran literal’ iaitu agama Islam adalah agama rasmi Negara .dan juga boleh diertikan sekiranya ianya ugama rasmi juga secara mutlak bererti sistem dan susunan ketata kenegaraan bertunaskan ‘Islamic Principle’.Saperti terkandung di dalam AlQuran,

Surah Saba’ 28
‘Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’(18)


Negara Islam bererti sebuah negara yang bertunaskan prinsip-prinsip asas ketata kenegaraan negara Islam serta ciri-ciri sebuah negara Islam secara mutlak yang berpegang kepada Al Quran dan Sunnah dan ijmak ulama muqtakin sebagai panduan Negara.(19)
Ini berasaskan ayat Al Quran di dalam Surah An Nisa ayat 59

An-Nisaa’ 59

‘Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.’(20)Penghujahaan YAA Tun Salleh Abbas didalam kes Re:Che Omar Che Soh amat-amat tidak disenangi oleh golongan pendesak yang mahukan suatu sistem pentadbiran dan Islamic political sistem di Malaysia,setelah kesan sampingan sekularisma membawa impak yang amat ketara dari segi ketidak keseimbangan pengagihan social,ekonomi dan political antara kaum.Ianya berasaskan demi ‘political survival’ bangsa Melayu dimasa hadapan

Impak yang di bawa oleh sekuralisma dan kapitalisma dipersoalkan oleh golongan crediakawan Islam yang telah diberi kesempatan menimba ilmu di Al’Azhar,Mesir serta institusi-institusi pengajian tinggi dinegara-negara Jordon,Syria,Turkey sekitar tahun tahun 1980’an.Ianya berasaskan ‘revitalise dan rehibilitasi’ process pengislaman negara yang di pelupori oleh ABIM sekitar tahun-tahun 1970’an.

Harus diingatkan pergolakan politik dunia bergolak dengan amat ketara di sekitar tahun-tahun 80’an.Dengan terjunamnya tembok pemisah antara German Timur dan Barat maka terkuburlah juga empire Komunis Soviet Rusia.
Dunia dikejutkan oleh suatu kuasa besar,yang sepanjang penubohan negara tersebut pada 1776 sehingga sekarang ianya bercirikan negara yang suka berperang.
Sebut sahaja U.S.A dunia akan mentertawakannya sebagai ‘Negara yang kalah dibenteng peperangan tapi menang strategi peperangan’(21)
Ini terbukti pada kemaluan mereka di Peperangan Vietnam 1960-1975 dengan terjatuhnya Saigon kepada ‘tentera berkaki ayam’.

Bilamana ekonomi bergantung sepenohnya kepada minyak sebagai pengerak tenaga dan sumber ekonomi utama,tidak perlu dibuktikan bahawa motif pergolakan seterusnya ialah ‘imprialisma minyak’ di bumi Arab dimana juga Islam adalah ugama hakiki dibumi tersebut.Pergolakan di bumi Arab berterusan bukan sahaja peperangan minyak tetapi tidak kelebihan jika kita andaikan bahawa peperangan tersebut ada keseimbangannya dengan ‘Perang Salib’ yang berlaku diantara tentera-tentera gabungan Kristian dan tentera Islam untuk merebut Juruselam diabad 11.(Crusade War)
Bolehkah diandaikan bahawa perang kini adalah perang penghapusan umat Islam didunia?
Adakah ianya dirancang dengan begitu teliti oleh golongan-golongan yang anti Islam semenjak diutus Muhammad s.a.w oleh Allah kebumi untuk memperbetulkan akhlak manusia?
Objektif dan misi serta matlamat utama golongan yang ingin menghapuskan Islam dimuka dunia akan menggunakan segala macam helah untuk menguasai minda dunia berpihak kepada mereka.
Mungkinkah ini yang berlaku kepada Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia?

Bebalik kepada persoalan yang timbul dengan kes Kaliammal a/p Sinnasamy lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan disingkatkan sebagai Kes Moorthu dan kes Lina Joy v Ketua Pengarah Pendaftaran ,
Kedua-dua kes tersebut pada asasnya merupakan dua kes yang berbeza dari segi bentuk dan penghujahan dan pemakaian kuasa undang-undang.
Didalam kes Moorthy ianya adalah isu pengislaman saudara baru yang terkandung di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam(Wilayah Persekutuan)1993(Akta505).
Sek.85
memperuntukkan syarat-syarat sah Islamnya seorang yang ingin memelok agama islam.hanya dengan mengakui keesahan Allah dan menerima Muhammad s.a.w sebagai pesuroh Allah secara redha dand hakiki.Ini berlandaskan hukum syarak.
Sek.88
memperuntukkan perlunya seorang Muallaf tersebut mendaftar dengan Pendaftar,Majlis Agama Islam yang terdekat dan setelah disahkan oleh Pendaftar akan keislaman seseorang Muallaf tersebut maka dengan peruntukan Sek.90 Pendaftar akan mengeluarkan Sijil Kemasukan ke Agama Islam kepada Muallaf tersebut.
Harus diingat,ini adalah procedur yang wajib diikuti oleh seseorang yang ingin memelok agama Islam di Wilayah Persekutuan.Walau bagaimana pun APUI(WP)1993 mengariskan syarat kepada sesiapa yang ingin memelok agama Islam
Sek 95
Seseorang yang ingin memelok ugama Islam haruslah tidak gila dan mestilah mencapai umur 18 tahun dan sekiranya ia belum mencapai umur 18 tahun maka keizinan kedua ibu-bapanya sebelum memelok ugama Islam diperlukan.
Keizinan merupakan intipati utama bagi seseorang yang di bawah umor untuk memelok agama Islam.Disini perlu ditekankan Allah maha pengasih kepada setiap insan dan Allah jua mengkehendaki keadilan yang hakiki .Firman Allah disurah Maidah ayat 8:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(22)


Pengertian keadilan yang hakiki dapat di lihat melalui keputusan yang dibuat di dalam kes Sussie Teo (23),dimana Mahkamah Persekutuan ,melalui penhujahaan YAA Abd.Hamid berpendapat adalah tidak adil kepada kedua ibupbapa yang bukan berugama Islam sekiranya anak-anak mereka yang dibawah umur tidak meminta keizinan mereka untuk memelok dan berkahwin dengan pemuda yang beragama Islam.Maka perkahwinan tersebut terbatal di sisi undang-undang.
Disini kita dapati mahkamah mengambil langkah ‘soft approach’ dalam mentafsir keadilan bagi pihak kedua ibu-bapa walaupun dari sudut hukum syarak perkahwinan itu sah kerana perlu ditekankan bahawa Islam itu halus dalam pengertian dan tafsirannya didalam menterjemah apa itu Islam kepada masyarakat majmuk.
Jika dibezakan dengan kes Ng Siew Pian v Abd.Wahid bin Abu Hassan(24),Mahkamah berdepan dengan pertikaian pembubaran perkahwinan civil melalui procedur Law Reform (Marriage and Divorce)1976 (25) oleh seorang Muallaf yang telah memelok ugama Islam.
Sek.3(3) Akta tersebut mengariskan bahawa Akta tersebut tidak terpakai kepada mereka yang berugama Islam,tetapi dibawah
Sek.51 Akta tersebut memberi kelonggaran kepada pasangan yang memelok ugama Islam untuk pasangannya yang ‘Bukan Islam’ boleh mendaftar petisyen perceraian di Mahkamah civil di atas alasan yang pasangannya telah memelok ugama Islam.
Tetapi Akta tersebut tidak menberi garis panduan atau ketetapan tentang status pasangan yang telah memelok agama Islam untuk mengfailkan petisyen perceraian atas alasan “Telah Memelok Ugama Islam”.
Peruntukan yang digariskan dibawah bidang kuasa Shariah dalam hal in tertera dibawah Sek.46 Akta Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah Persekutuan 1984(Akta 303)
46(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memelok sesuatu kepercayaan lain daripada Islam,maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh mahkamah.
46(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memelok agama Islam,maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.(26)

Walau bagaimanpun Sek.52 AUKI(WP)1984 (Akta 303) di bawah tajuk Perintah Untuk Membubarkan Perkahwinan atau untuk Faskh akta memberi garis panduan akan syarat-syarat untuk membolehkan mahkamah mengeluarkan suatu notis perceraian fasakh atau perceraian melalui perintah makamah walaupun dari segi hukum syarak ianya tidak digalakkan tetapi demi untuk menjaga keselamatan serta jaminan kesejeteraan pasangan yang mengalami polelik rumah tangga itu supaya berpisah.Tidak terdapat apa-apa peruntukan fasakh bagi suami untuk memohon kepada mahkamah untuk menceraikan isterinya.Ini mungkin disebabkan hukum syarak meletakkan kuasa untuk menceraikan isteri terletak pada suami.
Jumhur berpendapat antara sebab di bolehkan cerai faaskh ialah kerana murtad (27)
Di dalam menentukan bilakah seseorang Islam yang murtad terbubar perkahwinannya,terdapat perbezaan antara syarak dengan Enakmen Perkahwinan Islam.Dimana syarak menetapkan pembubaran perkahwinan berlaku serta-merta apabila seseorang itu murtad.Tetapi telah di gariskan di Sek.46(1) dan Sek.46(2) bahawa pembubaran tidak boleh berkuatkuasa dengan sendirinya tanpa disahkan oleh mahkamah..
Hukum syarak juga menetapkan bahawa perkawinan orang-orang islam juga sah sekiranya ianya menikahi Ahli Kitabbiyah.Ini di gariskan dibawah peruntukan Sek.10(1)dimana tiada seorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.Jumhur ulama mengariskan ‘Ahli Kitabiyah’diertikan sebagai

a) seorang prempuan dari keturunan Bani Ya’qub atau
b) seorang prempuan Nasrani dari keturunan orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul atau
c) seorang prempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadi Rasul.

Persoalan yang timbul didalam kes Moorthy ialah ,diandaikan segala process pengislaman beliau itu betul mengikut procedur ketetapan yang di garis kan di bawah Sek.85 dan 89 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan 1993)(Akta 303) secara otomatis mendiang Moorthy tergolong dibawah bidang kuasa Mahkamah Shariah,saperti termaktub di dalam Per.121(1A) Pelembagaan Persekutuan.Ini berasaskan keputusan-keputusan yang telah dibuat didalam kes-kes

Pihak perayu mohon kepada Mahkamah sama ada Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk menkaji semula atau kesalahan perintah oleh mahkamah sivil yang sedia ada.Ianya adalah bertujuan untuk menegepikan perintah yang di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shariah Wilayah Persekutuan pada 22hb.Disember 2005 melalui Kes No.141000990090 (28 )bahawa simati telah pun:
a) memelok agama Islam
b) simati hendaklah dikebumikan mengikut Agama Islam saperti kehendak Hukum Syarak
c) bahawa pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengesahkan bahawa sepanjang hayat simati selepas memelok agama Islam tidak pernah memohon kepada Mahkamah Shariah Wilayah Persekutuan untuk keluar daripada agama Islam mengikut hukum syarak dan tiada sebarang perintah Mahkamah Shariah yang mengistiharkan dianya telah terkeluar daripada Islam.
YA Rauf Sharif,memutuskan bahawa berdasarkan kepada fakta procedure yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi Shariah Wilayah Persekutuan pada 22hb.Disember 2005 adalah sah di sisi undang-undang saperti termaktub didalam Sek.85,86,87,88,89,90,91 dan Sek95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993(Akta 505),maka dengan sendirinya bererti perintah Mahkamah Shariah tersebut sah dan terpakai.
Jesteru itu berlandaskan kes-kes yang mengikat iaitu Habibullah v Faridah Dato Talib,Soon Singh v (Perkim) Kedah,Dalip Singh v Ketua Polis Bukit Mertajam,Mohd Hakim Lee v Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,NurAysiah Hun Abdullah v Majlis Agama Islam Negeri Sembilan maka Mahkamah Sivil berketetapan bahawa ianya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan pihak perayu dan tuntutan perayu ditolak.
Ini adalah berlandaskan kepada peruntukan Per.121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah pun memisahkan bidang kuasa kedua-dua mahkamah Sivil dan Shariah dan itulah fakor utama dan pendorong yang menyebabkan perpisahan kedua-dua Mahkamah.Mahkamah Sivil untuk orang-orang ‘Bukan Islam’ dan Mahkamah Shariah mempunyai bidang kuasa mutlak untuk mengadili hukum-hakam bagi orang-orang yang berugama Islam.

Kisah dan tauladan daripada kes Moorthy,dapatkah kita rumuskan ianya bukanlah suatu kes yang boleh menyalahkan pihak pentadbiran dan peruntukan perundangan yang sedia ada.Tidak dapat di nafikan isu agama adalah suatu isu yang amat sensitive sehinggakan ianya boleh membawa ke medan pertempuran baik diantara para dai’,para interlectual,masyarakat awam mahupun yng berada di ambang kekuasaan Negara.
Isu agama boleh memporak-perandakan sesebuah Negara,keharmonian dan kestabilan ekonomi masyarak majmok akan terjejas.Ianya sering disensasikan oleh golongan yang terlalu fanatic terhadap bangsa,agama dan negaranya.

Firman Allah s.w.t didalam surah
Al Hujuraat ayat 14;

Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(29)

Seterusnya Allah berfirman di dalam Surah

Ali Imran ayat 85;

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi(30)

Antara statement yang berbau perkauman dan statement yang memperlekehkan Mahkamah Shariah yang tertera di majallah Aliran(31).
Dengan izin
‘….Article 121(1A) has since created grave injustice in a string of cases.In Moorthy case,Kalimmal found herself with no legal remedy.The wife took her case to civil court,where the judge ruled that the court did not have jurisdiction.The wife’s position was simply untenable.She had no court she could turn to for justice or a remedy,mush less to present her evidence’

Statement yang mengelirukan ini menudoh seolah-olah sistem kehakiman Malaysia amnya dan sistem Kehakiman Shariah khasnya itu zalim dan menudoh seolah-olah ‘Justice Can Be Heard But Not Done’ oleh Mahkamah.Malah kesahan process pemindaan Per.121(1A) dipersoalkan diatas kesahan procedur penggubalan rang undang-undang tersebut.

‘….at the time the Bill was passed,seven DAP MP’s including some of the most vocal parliamentary such as Lim Kit Siang,Kapal Singh dan Lim Guan Eng as well as the late P.Patto and V.David were under ISA detention following Operation Lalang in October 1987’.(32)

Statement tersebut mengandaikan seolah-olah penggubalan rang undang-undang tersebut tidak mempunyai corum yang mencukupi di Dewan Parlimen dan pindaan tersebut seolah-olah tidak diperdebatkan supaya keterperincian rang undang-undang tersebut menepati intipati dan kehendak rakyat.

Isu berkenaan pihak perayu tidak mendapat keadilan di mahkamah Shariah kerana perayu bukan beragama islam amat tidak munasabah.Hukum Islam berpandukan Sharak dan sharak menepati apa-apa perintah Allah s.w.t supaya melakukan keadilan.Saperti terkandung di surah
An Nisa ayat 135

‘Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(33)

Malah dibawah peruntukan Sek.244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Shariah(Wilayah Persekutuan)1998 (34) memperuntukan orang-orang yang bukan berugama islam boleh menuntut keadilan supaya keadilan dapat ditegakkan.Sekysen ini memperluaskan lagi bidang kuasa Hakim Mahkamah Shariah untuk menentukan keadilan diselenggarakan dengen penoh hemah dan memberikan hak yang saksama berlandaskan hukum
sharak.

Persoalan akidah dan kesalahan yang berbentuk akidah merupakan isu yang paling genting yang dihadapi oleh masyarakat Islam kini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga terhadap masyarakat Islam di merata dunia..Perundangan Islam dan Muhammad s.a.w diutus kebumi ini ialah untuk memperbetulkan akidah umat manusia.

Surah Saba’ ayat 28

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Surah Al-Maaidah ayat 48

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.


Kesalahan berbentuk akidah di perjelaskan diBahagian 11 dan Bahagian 111 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan)1997 (Akta 559).
Tetapi yang menjadi tanda tanya hingga ke hari ini mengapakah kesalahan murtad atau riddah tidak disenaraikan sebagai kesalahan jenayah shariah di dalam AKJS(WP)1997 secara terperinci.

Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya di dalam kes Lina Joy(35)

Keputusan Mahkamah sebelumnya agak memihak kepada peruntukkan Per.121(1A).Ini dapat diperhatikan memlalui keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam pengulonggan kes Kamariah Ali

Perayu-perayu telah membuat akuan berkanun mengisytiharkan mereka keluar daripada agama Islam pada bulan Ogos 1998. Mereka dijatuhkan hukuman penjara pada 5 Oktober 2000 atas kegagalan mematuhi perintah Mahkamah Rayuan Syariah untuk bertaubat berkaitan dengan kesalahan di bawah Undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dilakukan oleh perayu-perayu sebelum Ogos 1998. Maka, persoalan yang timbul ialah sama ada perayu-perayu mestilah menganut agama Islam ketika hukuman-hukuman dijatuhkan ke atas mereka dalam bulan Oktober 2000.
Diputuskan, menolak rayuan perayu-perayu:

(1) Membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan mereka bukan lagi menganut agama Islam tidak dengan sendirinya melepaskan perayu-perayu daripada pertuduhan yang ada di Mahkamah Syariah .

(2) Mengambil pendekatan maksud, didapati bahawa masa yang material untuk menentukan sama ada perayu-perayu adalah orang yang menganut agama Islam ialah masa ketika mana perayu-perayu melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Oleh itu walau pun perayu-perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada tahun 1998, mereka selayaknya dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah pada tahun 2000 kerana ia berkaitan suatu kesalahan yang telah dilakukan ketika perayu-perayu masih beragama Islam. (36)

Cuma perbezaan yang terdapat di dalam kes Lina Joy ialah pada asalnya ianya merupakan persoalan Undang-Undang Pentadbiran yang tiada hubung kait dengan kebebasan beragama.Kalau dilihat dari prespektif pentadbiran,persoalannya ialah
boleh kah pihak Executive dengan mengunakan kuasa budi bicaranya untuk tidak memberi keizinan kepada seseorang rakyat membubarkan perkataan Islam di dalam Identiti Pengenalanya.Apakah significant Islam itu di dalam identiti Pengenalan seseorang?Secara dasarnya tidak terdapat apa-apa peruntukan mengenai kuasa budi bicara secara mutlak diberi kepada pihak Executive untuk menjalankan tugas harian mereka.Ini bersebabkan terdapat percanggahan prinsip yang digariskan oleh Per.8** Perlembagaan Persekutuan.(37)

Berpandukan per dicta keputusan kes tersebut :


Perayu dilahirkan sebagai seorang beragama Islam dan nama asalnya adalah Azlina bte Jailani. Pada 1990 beliau mendakwa telah mempercayai sepenuhnya agama Kristian dan telah kemudiannya dibaptiskan. Beliau memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara ('JPN') untuk menukar namanya pertama kali kepada Lina Lelani dan kemudiannya kepada Lina Joy atas dasar pertukaran agama. Pertukaran namanya kemudiannya telah dibenarkan, tetapi perkataan 'Islam' tertera pada Kad Pengenalan ('KP') beliau. Beliau telah mengemukakan bukti berkenaan pertukaran agamanya dan memohon kepada JPN untuk memadamkan perkataan 'Islam' daripada KP beliau. Walau bagaimanapun, JPN telah meminta perayu untuk mengemukakan sijil dan/atau perintah daripada Mahkamah Syariah.
Isunya adalah sama ada JPN betul dalam menolak permohonan perayu di bawah per 14 Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 ('Peraturan 1990') untuk kenyataan agamanya sebagai 'Islam' dipadamkan daripada KP beliau dan dalam meminta sijil dan/atau perintah daripada Mahkamah Syariah.
Pihak responden bergantung kepada perenggan (cc)(xiii) per 4 yang menyatakan Ketua Pengarah adalah berhak untuk meminta maklumat tambahan daripada seseorang yang memohon untuk pertukaran nama di bawah per 14. Oleh itu, tiada apa-apa yang menyalahi undang-undang bagi Ketua Pengarah untuk meminta perayu mengemukakan sijil dan/atau perintah daripada Mahkamah Syariah.
Walau bagaimanapun, peguamcara bagi perayu menghujahkan bahawa per 4(cc)(xiii) hanya membenarkan Ketua Pengarah untuk meminta maklumat berkenaan dengan butir-butir yang telah dikemukakan oleh perayu. Oleh itu, dalam kes sekarang ini, Ketua Pengarah berhak meminta perayu untuk mengemukakan sijil pembaptisan beliau untuk menunjukkan bahawa beliau dengan sebenarnya adalah seorang beragama Kristian seperti yang dinyatakan dalam borang permohonannya. Berikutan dengan itu, permintaan bagi perintah daripada Mahkamah Syariah bukanlah merupakan permintaan yang sah di bawah per 4(cc)(xiii).
Diputuskan, dengan majoriti menolak rayuan itu:

(1) Abdul Aziz Mohamad HMR, Arifin Zakaria HMR bersetuju.
Dalam permohonan perayu kepada JPN, beliau telah menyatakan bahawa kesilapan pada kad pengenalannya adalah berkenaan dengan kenyataan agamanya sebagai 'Islam', yang mana beliau mahu dipadamkan. Ini adalah sama seperti beliau menyatakan bahawa beliau telah keluar daripada Islam. JPN oleh itu boleh meminta beliau untuk mengemukakan keterangan dokumentari untuk menyokong ketepatan kenyataan beliau bahawa beliau bukan lagi beragama Islam (lihat perenggan 31).

(2) Abdul Aziz Mohamad HMR, Arifin Zakaria HMR bersetuju.
Fakta sama ada seseorang itu telah keluar daripada Islam adalah merupakan persoalan undang-undang Islam yang bukan di bawah bidangkuasa JPN dan JPN adalah tidak berkebolehan atau layak untuk memberi keputusan. Ini adalah kerana keluar Islam adalah merupakan hal ehwal undang-undang Islam yang mana JPN bukanlah pihak yang berkuasa yang membuatkannya mengamalkan polisi untuk meminta penetapan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum ia boleh bertindak untuk memadamkan perkataan 'Islam' daripada kad pengenalan seseorang yang beragama Islam. Polisi tersebut adalah sememangnya berpatutan

(3) Gopal Sri Ram HMR menentang.
Perintah daripada Mahkamah Syariah tidak akan memberi apa-apa kesan untuk menyokong ketepatan berkenaan butir-butir bahawa perayu adalah seorang yang beragama Kristian. Walau bagaimanapun, sijil pembaptisan bertarikh 11 Mei 1998 yang dikemukakan oleh perayu dengan secukupnya telah menyokong ketepatan butir-butir bahawa perayu beragama Kristian. Peraturan 14(2) mengehendaki seseorang pemohon untuk menyatakan dalam akuan berkanunnya sebab bagi pertukaran nama tersebut. Dalam kes perayu, beliau telah menyatakan bahawa sebab pertukaran nama adalah kerana beliau sekarang adalah seorang Kristian. Berikutan dengan itu, tiada apa-apa dalam per 4(cc)(xiii) yang menyokong tindakan Ketua Pengarah dalam kes ini.

Oleh itu arahan atau sijil daripada Mahkamah Syariah bukan merupakan dokumen yang relevan untuk memproses permohonan perayu. Ia bukanlah dokumen yang ditetapkan dalam Peraturan 1990. Ia juga bukan merupakan butir-butir yang boleh diminta oleh pegawai pendaftar sebagai butir-butir di bawah per 4(cc)(xiii) (lihat perenggan 59). Dengan meminta perintah/sijil tersebut dikemukakan, Ketua Pengarah telah mengambil kira satu pertimbangan yang tidak relevan semasa membuat keputusan untuk tidak membuat pertukaran kepada KP perayu. Ini tentunya membuatkan keputusan untuk tidak memadamkan perkataan 'Islam' daripada KP perayu tidak sah dan terbatal dan tidak mempunyai kesan.

Adalah diakui bagi pihak Ketua Pengarah bahawa sebelum 1 Oktober 1999 tiada peruntukan dalam Peraturan 1990 yang memandatkan pernyataan agama seseorang di dalam kad pengenalannya. Jadi, sekiranya Ketua Pengarah telah meluluskan permohonan perayu sepertimana yang diwajibkan oleh undang-undang ke atas beliau semasa permohonan perayu kepada JPN dibuat, masalah sekarang ini tidak akan timbul.(38)
Kes tersebut masih tertanggoh, di peringakat rayuan terakhir iaitu Mahkamah Persekutuan..Diandaikan sekiranya Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa pihak Executive telah terkilaf dan telah melebihi kuasa yang di beri saperti yang di ajukan oleh YAA Gopal Sri Ram didalam pergulonggan hujahnya:

Adakah ianya bererti Lina Joy menpunyai hak untuk memohon supaya perkataan ‘Islam’ dipadamkan didalam Identiti Pengenalannya atau adakah dia berhak untuk hidup sebagai warganegara Malysia yang sah di sisi undang-undang dan menikmati takrifan Per.11 Perlembagaan Persekutuan?

Dimana bidang kuasa Mahkamah Shariah didalam polimik ini?

Pihak Peguam Negara dalam menentang permohonannya mengariskan bahawa memandangkan pada asalnya Lina Joy menganut ugama Islam maka dengan sendirinya Per.121(1A) terpakai dalam hal ini.Ini memandangkan sama saperti kes Moorty kuasa untuk memurtadkan seseorang haruslah mengunakan procedure Mahkamah Shariah saperti tertera di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan)1993
Apakah itu definasi Muslim?
APUI(WP) 1993 mengariskan seorang muslim adalah

a) seseorang yang mengakui ugamanya Islam.

b) seseorang,salah seorang atau kedua-dua ibubapanya Muslim dan
dilahirkan Muslim

c) seseorang yang dibesarkan dan didik berasaskan Islam

d) seseorang yang memelok agama Islam selaras dengan syarat yang tertera di Sek.85

e)seseorang yang sering mengakui dirinya seorang Islam dan

f) seseorang yang ikrarnya di terima dan diakui betul oleh sharak

Percanggahan Per.11 dan procedur untuk memurtadkan diri seseorang itu wajiblah mengikuti procedure yang digariskan didalam APUI(WP)1993.Syarak menetapkan bahawa seseorang itu murtad secara automatis apabila tingkah laku perbuatan dan pengakuannya berulangan yang ianya bukan lagi seorang Islam.
Dari sudut syarak secara automatis ianya gugur sebagai seorang Muslim dan dari aspek perundangan Islam yang tulin maka secara automatis ianya tergulong didalam jenis Jenayah Hudud.
Dari aspek procedur Lina Joy masih lagi seorang Muslim dan masih tertakluk di dalam bidang kuasa Mahkamah Shariah.Tetapi dari aspeck akidah keislaman dan tingkah perbuatannya secara otomatis dia nya seorang KAFIRUN.
Tidak ada tolenransi dalam hal keimanan dan peribadatan

Allah berfirman didalam surah Kafirun ayat 1-6
• Katakanlah hai orang-orang kafir
• Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
• Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
• Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
• Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
• Untukmu agamamu dan untukku agamaku (39)

Apakah remedi yang diperlukan untuk menentukan survival Bangsa Melayu yang sudah amat sinonim dengan Islam sejak ratusan tahun?

Adakah perlu satu penggubalan semula Perlembagaandemi untuk mencapai,menjaga,menghormati,menentukan bumi yang di pijak ini adalah hak ALLAH s.w.t.Saperti firman Allah di dalam surah Al-An’aam ayat 38

Al-An’aam ayat 38

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan.

Tidak ada jalan mudah untuk menentu keselamatan,ketamadunan Islam dan keharmonian masyarakat Islam di Malaysia terjamin dimasa hadapan.

Dari aspek perundang,bolehkah Perlembagaan itu dipinda?
Di dalam kes Pang Chin Hock v Govt of Malaysia (40),YAA Tun Sufian,dalam menggulung hujahnya ,berpendapat bahawa Palimen mempunyai kuasa untuk mengubal atau meminda Perlembagaan yang sedia ada,tetapi tertakluk kepada syarat yang wajib diteliti.Persoalanya apakah Struktur Perlembagaan itu digariskan di dalam kes Kesavananda Bharati v State of Kerala dan di adaptasikan di Mahkamah Malaysia.

Struktur asas Pelembagaan itu mesti tidak menggubah atau meminda mana-mana satu daripada lima prinsip tersebut.

(a) Perlembagaan itu merupakan Undang-Undang Tertinggi
ie.(Supremacy of the Constitution)

(b) Raja berperlembagaan @ Constitutional monarchy

(c) Islam ugama rasmi Persekutuan tetapi ugama –ugama lain boleh diamal di Malaysia

(d) Pengasingan Kuasa antara 3 component iaitu Legislatif,Executive dan badan Kehakiman; dan

(e) Ciri Federal Perlembagaan itu sendiri(42
)


YAA Raja Azlan Shah (rtd.),di dalam kes Re:Dato MenteriOthman Baginda(43) berpendapat bahawa jika sebuah Pelembagaan itu adalah undang-undang mutlak negara maka ianya hendaklah di tafsirkan secara menyeluruh, tidak rigid dan lebih boleh diubah suai mengikut peredaran masa and memahami aspirasi masyarakat semasa.

Persoalan yang timbul apakah dia trend dimasa kini?

Ada kah murtad merupakan trend dimasa kini?

Percanggahan bidang kuasa Mahkamah Shariah dan Mahkamah Sivil masih jelas.Secara perbandingan kita bezakan bentuk kanun lama dalam khazanah kita iaitu Hukum Kanun Melaka dengan Akta Kesalahan Jenayah Shariah (Wilayah Persekutuan)1997 dan hukumannya.Dimana kesilapan kita dalam mentafsir apa itu Islam yang sebenarnya.
Islam itu adalah ’ Ilm’al haq kearah haq al’yakin demi haqqul minna nas’
Kerajaan Melayu Melaka sebelum ia ditakluki oleh Portugis telah pun melaksanakan undang-undang Islam dalam bentuk yang lebih luas daripada apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang yang dipraktikkan pada ketika itu adalah termaktub dalam Kanun Melaka. Undang-undang Melaka merangkumi aspek jenayah, muamalah ataupun sistem ekonomi, kekeluargaan, keterangan serta acara.(44)
Dalam aspek undang-undang jenayah misalnya, ketiga-tiga bahagian penting undang-undang Jenayah Islam telahpun diperuntukkan dalam undang-undang Melaka. Bahagian-bahagian itu ialah qisas(termasuk diat), hudud dan ta'zir.

Hukum qisas adalah dipakai terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap orang Islam yang lain dan juga oleh orang kafir terhadap orang Islam yang mana hukuman ialah bunuh balas. Ini disebut dalam fasal 5:1, 5:3, 8:2, 8:3, 18:4, dan 39.
Walau bagaimanapun dalam kes pembunuhan tidak sengaja dan kerosakan harta benda dan binatang hukuman yang dikenakan ialah diat.43 Mengenai kecederaan diperuntukkan bahawa seorang yang melakukan kesalahan menampar seorang yang lain akan dikenakan hukuman tampar balas. (45)
Hukuman hudud pula dipakai kepada kesalahan-kesalahan berikut:
a) Zina, hukumannya ialah sebat 100 kali atau rejam sampai mati (fasal 4:2).
b) Qadhaf(menuduh orang lain berzina), hukumannya ialah disebat 80 kali (fasal 12:3).
c) Mencuri yang cukup kadarnya, hukumannya ialah dipotong tangan (fasal 11:1).
d) Minum arak, hukumannya ialah sebat 40 kali (fasal 42).
e) Murtad, hukumannya ialah bunuh setelah disuruh bertaubat tetapi enggan melakukannya (fasal 36:1).
Selain dari perkara-perkara di atas hukuman hudud juga dipakai kepada kesalahan merompak(46), menderhakai pemerintah yang adil.(47), dan meninggalkan sembahyang.(48)
Hukuman ta'zir pula dipakai terhadap kesalahan mencuri yang gugur hukum hudud(49), bercumbuan (50), menuduh kafir zimmi dan hamba melakukan zina (51), fitnah(52), berjudi (53), dan penyaksian palsu (54)
Selain daripada undang-undang jenayah, undang perekonomian, undang-undang keluarga, undang-undang keterangan dan acara juga diperuntukkan dalam undang-undang Melaka.(55)
Mengenai undang-undang komersial kaedah-kaedah asas seperti persetujuan bersama membeli dan menjual, identiti barang-barang, kebankrapan dan hutang-hutang dinyatakan juga dalam kanun Melaka.(56)
Keistimewaan Kanun Melaka ini bukan sahaja cuba menyesuaikan elemen-elemen Islam dengan elemen-elemen tempatan malahan mukaddimahnya dimulai dengan memuji Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mukaddimahnya berbunyi seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam dan kesejahteraan bagi mereka yang percaya kepada Allah, dan selamat serta salam bagi utusanNya Saiyidina Muhamad dan seluruh keluarganya dan sahabat-sahabatnya.(57)
Dari perbincangan di atas jelas kepada kita bahawa tidak banyak perubahan telah dibuat terhadap status dan kedudukan undang-undang Islam semenjak merdeka hingga sekarang. Bidangkuasa Mahkamah Syariah masih sama seperti mana sebelumnya. Pindaan Perlembagaan pada tahun 1988 tidak memperluaskan skop undang-undang Islam tetapi hanya memisahkan mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah. Perluasan skop undang-undang Islam ini mungkin juga tidak begitu bermakna jika masih lagi tidak terdapat peruntukan undang-undang mengenai perkara-perkara yang mana Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa. Contohnya, semua enakmen negeri-negeri tidak mempunyai peruntukan-peruntukan mengenai mualaf (58) Sekiranya dibandingkan dengan kedudukan undang-undang Islam di zaman Kerajaan Melayu Melaka, kita dapati undang-undang di dalam Kanun Melaka adalah lebih luas skopnya kerana undang-undangnya tidak terhad kepada undang-undang diri dan keluarga sahaja malahan meliputi undang-undang jenayah, ekonomi dan juga komersial.(59)
Bukan itu sahaja malahan hukuman-hukuman dalam undang-undang jenayahnya lebih menepati hukum syara' dimana hukuman-hukuman yang dikenakan berdasarkan qisas, hudud dan ta'zir.(60)
Kemasyhuran dan kegemilangan Melaka di zamannya adalah berkat dari perlaksanaan undang-undang Islam secara yang sepatutnya. Benarlah seperti kata Saiyidina Omar Al-Khattab Khalifah Islam:
Kita adalah satu umat yang mana akan ditimpa kehinaan kerana meninggalkan Islam dan akan mendapat kemuliaan kerana mengambil dan melaksanakan Islam(61)

Adakah perlunya suatu referendum?

Wallah Waq’lam.

--------------------------------------------------------------------------------
Nota Kaki

1. KDN V JAMALUDDIN BIN OTHMAN @ Jesus Jamaluddin[1989] 1 MLJ 418

2. op.cit

3.Section 8(1),Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
(Sehingga 1hb.Ogos 2002) (Akta 82) ILBS

4. Per.11 Perlembagaan Persekutuan
(Sehingga 5hb.April 2005) ILBS

5. LINA JOY V MUIS WILAYAH PERSEKUTUAN [2005] 6 MLJ 193

6. Kaliammal a/p Sinnasamy v JA Wilayah Persekutuan [2006] 1 MLJ 685

5.Perlembagaan Persekutuan (Sehingga 5hb.April 2005) ILBS

6. ibid. *dipinda pada tahun 1988

7 . Mohammad Habibullah v Faridah bte Dato Talib (1992) 2 MLJ 793

9.’Powers and Jurisdiction of Shariah Court in Malaysia’
Farid Sufian Shuaib Malayan Law Journal 2003 m.s 58


10.Md.Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (1998) 2 MLJ 681

11.Soon Singh a/l Bikar Singh v PERKIM Kedah (1999) 1 MLJ 489

12. Lim Chan Seng v Pengarah,Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (1993) 2 MLJ 166

13.Jadual Ke-9 Senarai Negeri,Pelembagaan Persekutuan ILBS

14.Perkara 4(1) dan Per. 4(3)

15.Che Omar Che Soh v PP (1988) 2 MLJ 55
16.’ Powers and Jurisdiction of Shariah Court In Malaysia’
-Farid Sufian Shuaib MLJ 2003 ms.107

17. Sek. 27 Akta Kesalahan Jenayah Shariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
18. Surah As-Saba ayat 28

19.’The Islamic Law and Constitution’
-Sayyid Abul A’la Maududi Islamic Publication 10th.edition 1990 m.s332


20.Surah An-Nisa ayat 59

21.’Almanac of American’s War’ John S.Bowman Mallard Press 1990

22. Surah AL Maidah ayat 8.

23. Teoh Eng Huat v Kadi,Pasir Mas,Kelantan (1990) 2 MLJ 300

24. Ng Siew Pian v Abd.Wahid bin Abu Hassan (1992) 1 MLJ 425

25. Sek.3(3),Sek.51 Law Reform (Marriage and Divorce)Act1976

26. Sek 46(1),Sek 46(2) AUKI(WP)1984(Akta 303)

27. ‘Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam”
-Salleh Ismail DBP 2003 m.s 101



28. [2006] 1 MLJ 685 SAMAN PEMULA NO R124102 TAHUN 2005
MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)

29.Surah Al Hujuraat ayat 14.

30.Surah Ali-Imran ayat 85

31. ‘ALIRAN’ Vol.25 No.11/12 ISSN 0127 – 5127, 2005

32. op.cit

33.Surah An Nisa ayat 135

34.Sek.244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Shariah (Wilayah Persekutuan)1998

35. LINA JOY V MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
[2005] 6 MLJ 193 CIVIL APPEAL NO W-01-29 OF 2001


36. KAMARIAH BTE ALI v KERAJAAN NEGERI KELANTAN
[2005] 1 MLJ 197 RAYUAN SIVIL NO 01-7 TAHUN 2002(D) 01-10

37.’ Admistrative Law of Malaysia and Singapore’
M.P Jain MLJ 1989 2ND.edt. m.s 338
** Per 8(1) hak ke samarataan’ semua orang adalah sama disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang


38. obiter dicta. (2005) 6 MLJ 193

39. Surah Kafirun ayat 1-6

40. PHANG CHIN HOCK V PUBLIC PROSECUTOR [1980] 1 MLJ 70

41. Kesavananda Bharati v State of Kerala [1973] SCR Supp 1,AIR 173 SC 1461


42. ibid. [1980] 1 MLJ 70

43. Dato Menteri Othaman Bin Baginda v Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus
[1981] 1 MLJ 29 FC
43. Liaw Yock Fang, ‘Undang-undang Melaka’, The Hague: Martinus Nijhoff, 1976. Perbincangan-perbincangan dari nota kaki 44 hingga 53 adalah berdasarkan makalah yang ditulis oleh Hamid Jusoh, Pemakaian Undang-undang Islam Kini dan Masa Depannya di Malaysia, Al-Ahkam Jilid I, Undang-undang Malaysia Kini, cetakan pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. m.s 63 -65.

44. Undang-undang Melaka, fasal 16.3, fasal 21.1 dan fasal 19.

45. Ibid., fasal 8:2.

46. Ibid., fasal 43:6.

47. Ibid., fasal 43:2 dan 5.

48. Ibid., fasal 36:2.

49. Ibid., fasal 11

50. Ibid., fasal 43:5

51. Ibid., fasal 41

52. Ibid., fasal 41 dan 41:5

53. Ibid., fasal 43:7

54. Ibid., fasal 36.

55.’Pemakaian Undang-undang Islam Kini dan Masa Depan nya di Malaysia’ Hamid Jusoh op.cit., m.s 65-66.

56.’The Oriental Text: with special reference to the Undang-undang Melaka and Malay Law, Malaysian Legal Essays ‘ M.B Hooker, A collection of Essays in honour of Professor Emeritus Datuk Ahmad Ibrahim, Malayan Law Journal Pte. Ltd. Singapore, Kuala Lumpur, 1986. m.s 436.

57. Ibid., m.s 442

58. Dalip Kaur w/o Gurbux Singh dan Pegawai Polis Daerah(OCPD). Bukit Mertajam & Anor. [1991] 3 CLJ 2768 m.s 2773.

59. Supra., nota-nota kaki 42-54.

60. Supra., nota-nota kaki 43-53.

61. ‘Al Farooq - Life of Umar The Great’
-Shamss-ul Ulama Allama Shibli Nu’Mani Muhammad Ashraf Pub. Vol .1 1995





Bahan Rujukan.
1. Al-Syariah Jilid3 ‘Undang-Undang Keterangan Islam ‘ DBP 2006
2. Ahmad Ibrahim,Prof. ‘Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia’ -IKIM 1997
3. YAA Dato Abd.Hamid Hj.Mohammad ‘Sistem Kehakiman dan Perundangan di Malaysia:Saru Wawasan membincang kan kedudukan undang-undang sivil dan Mahkamah shariah di Malaysia dan kemungkinan penyatuan kedua-dua mahkamah’ (2001) 4MLJ 180
4. Hairuddin Megat Latif ‘Status dan Kedudukan Undang-Undang Islam di Malaysia Sehingga Kini’ (1992) 2 CLJ iii
5. ‘The Sultan Azlan Shah Law Lectures’ Judges On The Common Law - Editor Visu Sinnadurai Thomson Sweet and Maxwell 2004.
6. Farid Suffian Shuaib,Tajul Aris Ahmad Bustami & Mohd Hisham Mohd Kamal ‘Admistration of Islamic Law in Malaysia –Text and Material’ MLJ 2001.

7.‘Apostasy and Religious Freedom: Constitutional Issues Arising from the Lina Joy Litigation
Dr Thio Li-ann PhD (Cambridge); LLM (Harvard), BA Hons (Oxford) Barrister, (Gray's Inn, UK) Associate Professor, Faculty of Law, National University of Singapore
[2006] 2 MLJA 1

8.’ PERTUKARAN AGAMA: HAK PENJAGAAN ANAK-
ISU DAN MASALAH ‘- Noor Aziah Haji Mohd Awal [2004] 3 MLJA 34

9.’The Concept of Islamic State With Particular Reference to Treatment of Non-Muslim Citizen’ - Muhammad Abd.Rauf,Prof. JAKIM 1988

10.’On The Political System of The Islamic State’
– Muhammad S.El-Awa,Prof American Trust Publication 1978

Comment....What Comment? Kau Nak Kena Sect.8

Tengoklah ni Lina Joyah termasok si Bong Yamin tu loyau kau tu
dan semua kuncu-kuncu kau tu.
Blow jangan tak blow.Semua orang blow.....termasuk aku pun blow