Thursday, March 20, 2008

Teringatkan Sri Kandi Negara - Allahyarhama Katijah Sidik


"Sewaktu menulis memoir ini(1963) saya sudah berumur 45 tahun. Selama 30 tahun, saya berjuang untuk rakyat, untuk hak wanita, mementang penjajahan dan imperialisme. Saya tak akan berhenti. Saya tahu, setidak-tidaknya dua kali dalam hidup saya, sekiranya saya berhenti berjuang, saya akan menjadi orang berada dan lebih terjamin daripada segi material, tapi ini bukan jiwa saya.'

`Saya tahu beberapa tahun mendatang keadaannya sukar, mungkin lebih sulit dari sebelumnya. Saya tahu mungkin saya terpaksa masuk penjara semula, mungkin lebih lama dari dahulu. Saya mempunyai empat orang anak; umur saya juga sudah tidak muda. saya mudah letih dan badan saya tidak sekuat dulu. tapi, saya tak boleh berhenti. Saya mesti meneruskan perjuangan.'

- Khatijah Sidek 1918-1982 AL-Fatiha

Arus perubahan politik dan socio budaya kita makin kencang.Metamophosis alam semesta makin kental.Peranan dan perbezaan gender yang ketara tidak pernah menidakkan peranan yang dimainkan oleh kaum Hawa di dalam socio budaya kita.Persoalannya adakah kaum lelaki kita begitu lemah hingga gagal memertabatkan bangsanya?

Bak kata Sri Kandi Negara yang tidak dilagukan Allahyarhama Katijah Sidek

'...sekiranya lelaki Melayu gagal memertabatkan Bangsa Melayu maka tanggong-jawab itu jatoh kepada Wanita Melayu'

Fikir-fikirkan lah.Apa statement itu benar?Melihat daripada mata kasar situasi dini hari,nyata benar.
Apa kamu sedia memberi laluan?

Nah Sri Kandi yang tak dilagukan,hidup dalam kedaifan,bisa mengoncang minda anda,
apa sebenarnya itu KUASA?

Kamu lali atau tuli?
Kamu gah atau tawa?
Kamu terlalu manja
Pasarana hype jadi pilihan
bukan lorong-lorong orang-orang bunian lagi.

Kamu leka atas nama kemanusiaan
Kamu pasrah sebulat ada
lupa esok bukan kepunyaan kita lagi tapi kepunyaan semua.

No comments: