“ Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?.”
-Abdullah Munshi
"It puzzle and makes me wonders thinking of the Malays whom hasn't changed.They live in their stupidity and do not want to learn languages.
It it impossible to learn without learning and it is impossible to be self taught.
Doesn't all nationality learn their own language?
xxxxxxxxxxxxxxxxx
"Bak kata pepatah Cina “busuknya seekor ikan bermula dari kepalanya”, inilah senario yang kita hadapi dimana pada masa yang sama kita sibuk melaungkan dan mempromosikan penggunaan bahasa Melayu dikalangan pengamal undang-undang tetapi dipihak Badan Kehakiman pula masih ada hakim-hakim yang tidak yakin dengan kemampuan, kekayaan serta keindahan bahasa Melayu sehinggakan ada yang enggan bertutur bahasa Melayu semasa prosiding apatah lagi mengkaryakan penghakiman mereka dalam bahasa Melayu. Malah, kadang-kadang pepatah atau perumpamaan Inggeris yang di sebut dalam penghakiman mereka amat tidak difahami oleh masyarakat tempatan".
UCAPAN YAA KETUA HAKIM NEGARA
BAGIPERASMIAN PERTANDINGAN DEBAT DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENULIS MAKALAH UNDANG-UNDANG 2005
ANJURAN JAWATANKUASA BAHASA MELAYU, MAJLIS PEGUAM DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA
11 MAC 2006
No comments:
Post a Comment