Al.Fatiha.
Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak serta kaum keluarga yang tanpa mengenal jerih dan letih menguruskan dengan baik jenazah almarhum ayahanda tercinta kami Almarhum Hj.Jalius Hj.Pakeh yang telah pergi menghadap pemiliknya pada tanggal Jummat 25 Shawal 1411 Hijrah bersamaan dengan 23th.September 2011.
Kami sekeluarga merakamkan setinggi tinggi perhargaan kepada pihak-pihak yang terlibat :
1.
Semua Jururawat dan Jururawat pelatih tanpa penat lelah menguruskan dengan baik sehingga almarhum mengembuskan nafasnya yang terakhir yang
bertugas diTingkat 3 Wad 4 (Lelaki)Hospital Besar Melaka dibawah kendalian Dr-Dr.yang terlatih.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada
Dr.Farah Malinda Kamal Fatimi yang bertugas dimalam almarhum mengembus nafasnya yang terakhir dan disamping nya sehingga akhir dan juga semua staf nurse yang berada disisi almarhum disaat -saat akhir almarhum menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.
2.
Pakar-Pakar Wad Trauma Hospital Besar Melaka yang memberikan pandangan yang bernas dan pengendalian kecemasan dengan teratur dan proffessional pada hari almarhum dikejarkan kehospital bagi rawatan rapi.
3.
Ahli-ahli Jemaah Kariah Mesjid Bandar Hilir Melaka diketuai olah
Tuan Iman Hj Shuib serta Bilal serta Tuan Hj.Yusof (Noja) bukan hanya merupakan Imam bagi kariah Bandar Hilil tetapi juga merupkan teman rapat dengan almarhum ayahanda sejak kecil yang tanpa henti bermula drp.pengendalian.memandikan jenazah sehingga mengimani sholat jenazah sehingga pengurusan jenazah keliang lahat.
4.
Ahli-ahli Jemaah Kariah Mesjid Bukit Cina Melaka dipimpin oleh
Tuan Iman Hj.Ishak Hj.Marzuki serta Dato Sidang Tuan Hj.Kasmuri diatas pengurusan pengembumian ditanah Perkuburan Islam Bukit Cina.Melaka.
5.Sanak saudara,terutama keluarga diJarkata yang memberikan perhatian keperhatian tidak terhingga sewaktu almarhum masih hidup sehingga disaat pemergiannya.
6.Ahli-ahli keluarga diMelaka yang tidak putus-putus memberi sokongan moral keatas almarhum sewaktu hidup sehingga disaat saat akhir hidupnya.
7.Penghargaan yang tidak terhingga kepada
Yg.Bhg.Dato Dr.Hj Baba Dani diatas rawatan lawatan kerumah (House Call) secara sukarela serta nasihat-nasihatnya.
8.
Yg.Bhg.Dato Hj.Mohd.Yassin Sharif selaku teman sekerja almahum serta rakan akrab yang telah mengetuai jemaah membacakan tahlil sebelum jenazah dimandikan.
9.
Yg.Bhg.Tuan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Tuan Dr.Ghazali Othman sebagai Pemerhati semasa almarhum mendapatkan rawatan diGH Melaka.
10.J
emaah Kariah Surau Sri Petaling,Jln.Perlak,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur dengan jayanya telah membacakan Surah Yassin dimalam Jummat tersebut disaat-sat malam terakhir almarhum .
11.
Jemaah Nashbandi Haqqani dibawah pimpinan Sheikh Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah,Tuanku Sultan Perak kerana telah sudi membacakan dan mendoakan kemudahan perjalanan terakhir almarhum dimalam Jumaat tersebut di Al Zawiyah,28,Jln.Setaibudi,Bukit Damansara Kuala Lumpur.
12.
Para-para hadirin diMesjid Kariah Bandar Hilir yang telah sudi menyempurnakan sholatan Jenazah selepas sholat Jumaat.
13.
Rakan Taulan Putra/Putri Malacca High School diatas keperihatian serta ucapan yang menenangkan keadaan.
14.
Staff CIMB Cawangan Jln.Hang Tuah.Melaka yang sudi meluangkan masa dihari pengebumian.
15.Rakan taulan almarhum yang tanpa kenal jerih letih menemani almarhum disepanjang perkenalan almarhum sewaktu hidup sehingga keakhir hayat.
16.Rakan-Rakan sepejuangan Almarhum yang bertugas di
Pejabat RISDA Negeri Melaka sejak tahun 1953 sehingga almarhum bersara ditahun 1993.
Serta semua sanak saudara, panjang list jika mahu disebutkan disini.
Terima Kasih yang tidak terhingga diatas pertolongan serta bantuan kalian salurankan diwaktu mengendalian jenezah almarhum.
Saya sebagai Ketua keluarga almarhum Hj.Jalius Hj.Pakeh mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Dato/Datin Tuan/Puan dapat meyuahkan masa menghadiri atau dari jauh telah mendekahkan Ayatul Fatiha kepada almarhum.
Budi kalian hanya allah sahaja yang dapat membalasnya.
Saya sudahi,kiranya almarhum sewaktu hayatnya terkasar bahasa atau telah melakukan sebarang kekilafan keatas mana-mana individu ,saya memohon agar Dato/Datin,Tuan/Puan memaafkannya.
Sekiranaya ada sebarang hutang piutang dan ingin menuntutnya Dato/Datiin,Tuan/Puan olehlah menuntut kepada saya selaku waris dan anak yang tertua dalam keluarga dan akan melunaskan nya insyallah.
Almarhum meninggalkan seorang balu,
Puan Ramlah Abdullah @Janet,serta 4 orang anak 3 drp.nya perempuan dan 5 org.cucu.Sewaktu hidupnya amat berusaha dan penyanyang orangnya terhadap keluarga dan amat amat aktif dalam bidang sukan sejak drp.zaman bujang nya sehingga keakhir hayat.
Saya sudahi dengan wabillah hi taufiq wasalamualaikum warahmatulullah hiwabarakahtu.
4 comments:
Boleh email saya siapa anak Almarhum?
Hassan : almanar@pd.jaring.my
ikut berbela sungkawa dan semoga arwah beliau diterima disisi Alloh SWT.
Salam Pak Chik Hassan,
Boleh email kepada saya :
willmie@gmail.com
Wassalam.
Salam Srd,
Terima Kasih diatas doa saudara keatas roh ayahanda tercinta saya.
Moga allah jua memlimpah kurnia kehendak nya.
Wassalm.
Post a Comment