Wednesday, August 29, 2007

That's My Cucu.....Cucu Ku Dunia Ku


He come to visit every alternate Sunday
The joy of the year.Its his first birthday celeberation last month.
I promise a game of rugbby once his able to run,a pair of Timberland boots and a Kuda Kepang.
That's my cucu Ahmad Adam.

Sunday, August 26, 2007

Mengejar suatu Kemerdekaan Hakiki

Gugurnya seorang com-patriot Allahyarham Srd.Annuar Johari-AlFatiha.
Dek,
Kami dilahirkan didalam fitrah
anugerah maha azali
Kami serba kekurangan tanpa bantuan kecanggihan,
Tanpa 'online' untuk menambahkan pengetahuan am.

Dek,
Kami dilahirkan tanpa ucapan singkatan abdja membolehkan
semua tawa riang
duka ditagih
simpati diraih
hanya untuk pasarana manja

Kami hanya diam
memperbetulkan permainan pistol-pistolan kayu kami yang usang
pelepah-pelepah nipah menjadi sorotan
roda-roda rim berputaran
Kami terhibur
Kami menhibur Kami bertempur
Kami akur pada waktu-waktu pilihan

Dek,
Berita kami terima hanya dari sumber yang satu
Lagu didendeng dari corong-corong mono usang
Teriakan azan hanya dari rumah-rumah azali usang
tanpa ulaman-ulaman keserian
tanpa sejadah tebal hingga menenggelamkan kaki-kaki hitam
tapi kami masih menyerah dalam redza

Dek,
Mimpi yang dikejar diselit oleh kata-kata fatwa dari hati yang pasrah
keakrapan kawan bukan diselitkan dengan piti jutaan
kekaguman jati diri sesama insan,kami pelajari sesama sendiri,
supaya dapat memperbetulkan langkah-langkah kami yang sumbang
melalui indra kami yang serba sederhana.

Kami masih boleh mendabik dada mesti pun
kami letih....
kami perih....
kami tidak secanggih tapi terus menabur benih-benih putih
untuk kalian menikmati keindahan dengan nyaman tanpa gangguan
berserta ketulan-ketulan rebutan
supaya kalian dibekalkan tanpa bebanan.

Dek,
Jangan kau leka
hanya alpa dengan Iswara
Jangan kau tawa kecacatan kami yang ada,
semasa kami cuba sedaya
semasa menyediakan pasarana yang ada
....nah Menara Angkasa
....nah Putrajaya
....nah Cyberjaya
....nah Mercu Tanda
....nah Kahzanah Bangsa atas nama yang terukir.

Eeeeiiii.....yaaaa,
keringat kami cuma setitis
tapi masih ada peninggalan kami untuk mu bukan?

Dek,
Teruruskah engkau?
Menguruskah engkau?
Terbagikah engkau?
Membagikah engkau?
segala-galanya?

Usah dicari erti negeri
sekiranya hati kau masih sangsi
Sekiranya mata kau belum suci
Hanya Maha Azali
pembuka diri melalui pintu-pintunya yang suci.

Merdeka Yang Hakiki.